KLIK LIKE DAN TEKAN PANGKAH (X) 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Kebaikan Tidur Berbantalkan Lengan Suami (Bawah Ketiak) - The Vocket Media

Kebaikan Tidur Berbantalkan Lengan Suami (Bawah Ketiak)

loading...
loading...

Apa kelebihan dan kebaikan tidur berbantalkan lengan suami (bawah ketiak)? Seriusly, betul ke ada isteri yang suka tidur berbantalkan lengan suami berbanding tidur dengan bantal yang lebih lembut dan mungkin lebih selesa? Pada awal perkahwinan mungkinlah si isteri ada sekali sekala tidur berbantalkan lengan suami bukan? Bagaimana pula selepas beberapa tahun? Adakah masih ada lagi tidur dengan menggunakan lengan suami sebagai bantal?





Sebenarnya banyak kebaikan tidur berbantalkan lengan suami selain daripada mengeratkan hubungan suami isteri. Bau Phero (Pheromone) dari celah ketiak suami/isteri boleh mengaktifkan hormon isteri/wanita dan menjadikan mereka lebih selesa dan tenang.
  1. Menurut satu bancian ke atas 10,000 pasangan suami isteri yang telah berkahwin,hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas tiga tahun berkahwin.
  2. Dari situ juga, didapati hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas sepuluh (10) tahun perkahwinan mereka.
  3. Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa tenang dan damai.
  4. Sebenarnya hampir 65% dari bau badan lelaki/suami datangnya daripada celahan ketiak dimana tempat kelenjar phero paling aktif.
  5. Oleh itu,para isteri sekalian silalah ketepikanh bantal-bantal di katil anda dan tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di berdekatan dengan ketiaknya. Pastikanlah suami mandi ada mandi petang atau sebelum tidur kalau tidak nanti bau tidak selesa pula yang datang, haha.
  6. Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya si isteri/perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rileknya)
  7. Dari kajian yang sama juga menyatakan isteri yang tidur berbantalkan lengan suami akan mengalami tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
  8. Sedikit Peringatan dan nasihat untuk lelaki/suami, janganlah cukur ketiak anda togel atau licin, biarkan tinggal sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu kerana ia merupakan ejen penyebar bau phero yang disenangi oleh isteri anda.
So lepas ini, para isteri/wanita sekalian, rajin-rajinkanlah diri untuk mendapatkan kebaikan tidur berbantalkan lengan suami atau tidur bawah ketiak suami untuk mendapat tidur yang lebih lena, tenang dan juga mengeratkan hubungan suami isteri.
loading...
loading...